Jumaat, 29 April 2011

LANTIK LER MENTERI SLIM SIKIT..

Adoiii!! lawak betul bilo gua tengok TV malam tadi.. korang bayangkan la sampai malam ni.. kira dah nak masuk 24 jam gua masih lagi tak habis-habis tergelak siut.. sampai nak tercabut anak tekak gua tergelak.. punya la lawak.. tapi gua tergelak bukan pasal tengok Raja Lawak atau cerita Mr. Bean.. dan gua rasa kalau Raja Lawak atau Mr. Bean tengok TV malam tadi… gua ingat diorang pun turut sama berguling-guling tergelak sampai lupa diri..

Gua ni bukan la nak menghina.. tapi cuba la korang pikir.. dalam pada kerajaan dok sebok berkempen suruh kita ni bersenam jaga kesihatan.. sampai ada yang terkehel urat leher sebab bertekak pasal masalah nasik lemak.. tak nak bagi rakyat negara ni gemok gedempol katanyer..

Tapi bila gua tengok Timbalan Menteri Kesihatan bercakap di parlimen kat TV 1 malam tadi.. umang aiiii!! terkejut cipan gua tengok.. bukan main tombam lagi ekau rupanyer.. aduihh!! macam mana ler lu bleh jadi Timbalan Menteri Kesihatan ni.. sedangkan body sendiri pun dah super obes tu.. hahahaa!!

Aiii... dah tak ada orang lain lagi ker kat M’sia ni yang layak pegang jawatan tu.. tolong ler carik yang slim-slim skit klau nak jadi menteri kesihatan tu.. kalau lantik Pasha Sanda jadi Timbalan Menteri Kesihatan pun lagi okey per.. gua rasa mau gak orang dengar klau dia bercerita pasal kesihatan.. ini di lantik minah obes ke kementerian kesihatan... aduihhh!! ini semua bahana terlebih makan nasik lomak la ni kut.. bagi gua klau minah ni dilantik jadi menteri keselamatan dalam negeri lagi sesuai.. silap-silap mau habis gangster KL ni berterabur gigi kena lanyak... hahahaahahaaa!!!!!

"Ekau jangan makan nasik lomak bebanyak.. ekau tengok body akak ni haa.. ini semua angkara makan nasik lomak la ni.." mungkin itu la agaknyer kata-kata nasihat dari Timbalan Menteri Kesihatan kita kepada bebudak tu agaknyer yer..

Rabu, 27 April 2011

JANGAN BOIKOT.. DIA NAK KAWIN..

KUALA LUMPUR - Gesaan MCA supaya masyarakat memboikot akhbar Utusan Malaysia kerana mengilhamkan konsep '1Melayu, 1Bumi' dianggap satu tindakan melampau. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Ahmad Puad Zarkashi berkata, gesaan oleh Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok itu tidak seharusnya dibuat, sebaliknya parti itu perlu melihat mesej keseluruhan... - Utusan M'sia

Apa la lu Seng Kok bising-bising... gua tak kisah la kalau lu nak boikot Utusan M'sia ka Utusan Bangla ka.. lu klau nak boikot.. lu boikot la sesorang... tapi lu kena ingat Seng Kok.. klau lu bleh boikot itu Melayu punya paper.. kita orang Melayu dengan semangat 1Melayu 1Basikal pun boleh gak boikot itu Cina punya paper... cuba lu pikir.. kalau semua 1Melayu 1Gitar kat M'sia ni bergabung kasi boikot.. tak mau beli lagi lu punyer paper itu Sin Chew Jit Poh ka.. China Press kaa.. atau itu Nanyang Siang Pau termasuk itu kuih pau.. haa berapo banyak lu sudah rugi.. gua ingat mau gak dekat 9 juta tu lu tau ka..

Dan gua pun tak mau cakap la Seng Kok.. gua pun memang dah lamo boikot korang punya paper ni.. dah la tak ada gambar awek cun... gua nak baco dia punyer tulisan pun satu haram gua tak paham.. tak boleh nak dibaco satu hal.. dah tu letak plak gambar cipan ngan beruk mat yeh jadi poster.. sape ler yang nak tengok.. beruk pun segan nak tengok siutt!!

Lain kali letak ler gambar awek seksi tengah lepak kat tepi pantai ker.. paling tidak tengah posing kat kolam renang ker... haa baru ler ngam.. stakat nak tengok beruk baik gua pegi zoo... dan gua tengok member gua si Nuek Haikal dengan si Ambo pun dah tak beli lagi korang punya paper.. skarang diorang dah beralih menjadi pembaca setia paper Tamil Nesan dengan itu Malaysia Nanban.. puas hati banyak gossip panas katanyer....

Okey ler Seng Kok.. gua bukanlah nak cerita pasal boikot memboikot ni pun.. sebenarnyer tujuan gua ni nak bagi tau kat lu.. yang member gua si Nuar Mastika nak kawin hujung minggu ni.... perghh!! dapek awek Ampang siutt!! haa... lu jangan ler malau-malu.. jemput ler datang makan.. alaa time makan biaser ler pukul 12.00 tengahari sampai la pukul 4.oo petang minggu depan....

Dan kepada si Nuar.. kat sini gua nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kat lu.. smoga bahagia hingga akhir nanti.. dan klau bawak kereta baru tu jangan la ganeh-ganeh.. kang kok ado yang tercabut skru sana sini.. tak pasal-pasal kena buat balancing.. haahahaha!!.. lagi satu kalau si Seng Kok ni datang nak boikot majlis kawin lu hujung minggu ni.. lu bagi tau gua.. biar gua karate tiang rumah mamat ni.. sampai patah lapan..

Rabu, 20 April 2011

TIPS MUDAH LAGI SEMPOI... EDISI NASIK LOMAK

Gara-gara ramai bebudak sekolah skarang ni yang obes angkara makan nasi lomak.. maka mulai sekarang indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat.

Alaaa apa hal korang nak risau... sebenarnyer bukan nasik lomak jer yang boleh buat body korang jadi gemok gedempol... banyak lagi makanan yang boleh membuatkan berat badan korang jadi obes.. seperti makan daun ketapang atau pada yang suka kunyah buah sawit.. itu lagi bahaya.. kolestrol tinggi tu.. tapi jangan risau.. kali ni gua nak bagi korang tip macam mana nak bagi badan korang jadi slim sampai kurus melengkong..

Kalau nak tau.. tip ni memang mudah lagi sempoi.. tak perlu nak berguling atau melompat katak kat bawah meja.. tak payah nak merangkak atau berjalan itik keliling kampung untuk menurunkan berat badan.. korang cuma perlu amalkan petua atau tip yang gua usulkan ni... tapi senaman tu penting gak.. kalau makan jer lepas tu bawak tido memang tak dapek la pak cik nak tolong.. okey yang pertama..

ALMOND

Ini adalah sejenis kacang.. ala yang biasa orang buat biskut almond london tu pakai kacang ni ler.. kalau nak tau.. kacang almond ni baik untuk membakar lemak dan sampah sarap... bagi orang diet yang mengambil kacang almond sekitar 12 butir sehari.. berat badan diorang boleh berkurangan sehingga 18 pratus.. sebab mengambil almond ni menjadikan kita tidak begitu lapar.. tapi jangan plak korang melantak banyak-banyak.. nanti tak pasal-pasal.. badan tak kurus penyakit ghout pak yang korang dapat..



KOPI
Kena kopi dengan biskut kering pun layan gak.. sebab kadar kafein dalam secangkir kopi mempercepatkan metabolisme yang secara rata-rata membakar 15 - 25 kalori ekstra.. tetapi kalau korang nak lagi lebih bermanfaat.. korang minum la kopi hitam tanpa gula atau susu.. tapi jangan plak lebih dari dua cawan sehari.. silap-silap bleh sembelit tu.... sambil tu minum ler banyak sikit air putih..

KEJU
Itu sebabnyer awek-awek gua semua langsing-langsing.. hari-hari diorang melantak keju terutama keju ricotta ni laa.. bagi yang mengambil 28 gr (kira-kira sebesar ibu jari) keju lemak penuh setiap hari.. berat badannya berkemungkinan akan berkurang daripada mereka yang tidak mengambil keju.. 28 gr keju ricotta mengandungi sekitar 49 kalori dan 4 gr lemak serta mengandungi sodium terendah dibandingkan keju jenis lain... biaser ler buat sarapan pasta.. campurkan keju ricotta dengan sayuran segar.. gaul dengan sos tomato duo tigo botol.. perghh!! umang aiii.. sodappp!!..

CILI
Rasa pedas pada cili boleh membantu membakar hingga 100 kalori sehari.. apa tidaknyer.. rasa pedas yang menangkap pada urat saraf boleh membuatkan korang terangkat.. dan rasa pedas akan mengirimkan signal pembakaran lemak ke otak… kalau tak percaya cuba korang kunyah cili api segenggam.. dan tengok hasilnyer.. pasti mantapp!!..

TEH HIJAU
Minum tiga cawan teh hijau sehari dah cukup untuk mendorong korang untuk melenyapkan 30 kalori serta membantu mengurangi berat badan korang sekitar 1.3 kg setahun.. kalau rasa teh hijau tu pahit sangat korang campur ler sedikit madu.. yang penting jangan campur gula.. dan gua tengok member gua Ady Palong yang duduk kat belakang gua ni pun amalkan minum teh hijau gak skarang ni.. gua tengok dio punya body umang aiii.. mantap sehh!! kalah model dari kampung orang asli Langkap…

Rabu, 13 April 2011

MERAPU MERABAN TAHAP TIGA.. EDISI KEMPEN..

Memandangkan ramai yang tercedera sehingga diberitakan ada lima enam ratus orang yang terpaksa diusung ke hospital akibat terkehel lubang hidung sewaktu melakukan aktiviti senaman Kecapuih atau Membaca Sambil Bersenam pada entri yang lepas.. maka dengan itu.. bagi menggalakkan lebih ramai lagi yang tercedera maka gua terpaksa mengupgradekan aktiviti tersebut dengan menukar kepada aktiviti Membaca Sambil Berkempen plak..

Gua cipta teknik Membaca Sambil Berkempen ni adalah bagi mendapatkan impak maksima seiring dengan suasana berkempen pada pilihanraya di Sarawak sekarang ni.. mana la tau mungkin dengan teknik ni jugak.. pengundi di Sarawak boleh pergi mengundi serta memangkah parti cap Kuda Kepang dengan jiwa yang tenang..

Untuk pengetahuan korang.. aktiviti Membaca Sambil Berkempen ni caranyer sama jer dengan Membaca Sambil Bersenam.. iaitu melakukan aktiviti berdasarkan huruf yang di perbesarkan.. cuma kali ni ia lebih detail dan agak sukar... lebih kejam dan ganas.... ia hanya untuk mereka yang betul-betul mahir serta perlu mempunyai sijil kemahiran juru gegas atau juru kimpalan tahap 4...

Dan yang penting sekali.. sebarang kecederaan yang berlaku sewaktu melakukan aktiviti ini adalah tanggungjawab sendiri.. pandai-pandai ler korang carik hospital sendiri.. maka dengan itu korang boleh ler mulakan aktiviti tersebut dengan menghayati drama sebabak yang bertajuk ANTARA CINTA DAN KEMPEN PILIHANRAYA.. DARI PERSPEKTIF MAMAK KASIM..

YANG – Tampal Poster Parti Lawan
DIA – Berjoget Dengan Presiden Parti Sendiri
DAN – Rembat Kereta Presiden Parti Lawan
UNTUK – Curik Karipap Pari Lawan
LEHA – Koyak Poster Parti Sendiri
MOTOR – Ngurat Awek Cun Parti Lawan
NUAR – Curik Peti Undi
DAPUR – Bakar Kemah Parti Sendiri

Hari ni NUAR begitu gembira.. DIA memecut laju MOTOR kapcai YANG ditunggangnyer dengan kelajuan tahap tinggi.. sehingga sukar di lihat dengan mata kasar agar cepat sampai ke rumah.. penat seharian bekerja di sebuah kilang papan di Bangi hilang sekelip mata.. malam ini DIA telah berjanji UNTUK berjumpa LEHA.. awek YANG dikenalinya ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang plastik di Senawang dua tahun lepas...

Rindunyer kepada LEHA kian memuncak.. sudah dua minggu DIA tidak keluar dating dengan LEHA buah hatinyer YANG cun melecun itu.. wajah serta body LEHA YANG saling tak tumpah seperti penyanyi terkenal Adibah Nor itu bermain dalam fikiran NUAR.. rasanyer duit lima puluh ringgit YANG dipinjam dari Leman petang tadi cukup UNTUK belanja LEHA pergi menonton wayang DAN makan-makan... walaupun DIA tahu LEHA kuat makan..

Dulu LEHA tak macam itu.. dulu body LEHA slim mengalahkan Tiz Zaqiyah.. entah mengapa semenjak lima enam bulan ni body LEHA naik mendadak.. seperti hilang kawalan.. namun NUAR tak kesah itu semua.. DAN cintanya kat LEHA sedikit pun tak terjejas.. malah semakin berkembang seperti kembangnyer body LEHA.. malam ni DIA nak cubit-cubit pipi LEHA YANG gebu itu puas-puas.. bayangan nakal bersilih ganti dalam fikiran NUAR.. DIA tersenyum sendirian..

Sedang NUAR syok melayan perasaan nakalnyer.. tiba-tiba MOTOR kapcai YANG ditunggangnya terlanggar sebuah lubang.. ini membuatkan MOTOR kapcai tersebut melambung... NUAR yang begitu terperanjat turut sama melambung bersama bayangan LEHA.. dia tidak mampu melakukan apa-apa.. hanya mampu berserah kepada takdir.. DAN MOTOR kapcai YANG hilang kawalan tersebut terus merempuh sebuah gerai makan YANG berada ditepi jalan tersebut..

“Aduhhhh!! tolong!!.. tolongg!! woii.. dei tambi. apa pasal saya punya gerai jugak lu kasi hantam,, empat hari lepas itu Abang Scrambler kasi langgar ini gerai.. sekarang awak punya kapcai jugak kasi hantam.. apa tarak lain gerai lagi ka lu mau kasi langggar..” jerit Mamak Kasim YANG kesakitan dari celah DAPUR..

Isnin, 4 April 2011

LUPAKAN SAJER POCO-POCO...

Semenjak poco-poco diharamkan ni gua dah macam mati akal.. dah tak tau nak buat aper.. bosan giler sebab gua ni memang peminat fanatik dengan poco-poco.. kira dah macam member kamcing ibarat aur dengan tebing.. cubit peha kanan peha kiri terasa gatalnyer.. kira pantang ada masa terluang.. gua pasti akan menari poco-poco.. tak kira masa.. time makan ker.. time main bola ker.. time mesyuarat dengan bos pun gua akan berpoco-poco sambil pekena bihun goreng.... sampaikan masa tengah usya awek pun gua akan menari poco-poco..

Dan gua ingatkan hanya gua sorang jer yang frust.. rupa-rupanyer ramai lagi yang frust menonggeng tak lalu makan sebab tak boleh lagi nak menari poco-poco.. sampaikan ada yang datang tengah-tengah malam ketuk pintu rumah gua mengadu dengan linangan airmata.. "Tolong ler spy Penanggah.. bantu ler gua.. cubo la lu buat sesuatu yang boleh menghilangkan rasa ketagih gua kat poco-poco ni.." luah seorang peminat setia blog ni yang hanya ingin dikenali sebagai Nuek Haikal..

Kat sini gua nak nasihatkan korang.. jangan ler nak mengharapkan poco-poco jer untuk bersenam.. banyak caro lain lagi untuk bersenam.. tak semestinyer melompat katak atau berguling kat lereng bukit jer yang boleh menyehatkan badan.. sambil membaca pun korang boleh bersenam jugak per.. mustahill?! mana ada mustahil.. haa!! kat sini gua akan tunjukkan kat korang bagaimana cara bersenam sambil membaca... gua dah praktikkan kat rumah memang berkesan.. dan senaman 'Kecapuih' ni memang sesuai bagi yang ada penyakit sengal lubang hidung serta mampu menguatkan kepala lutut.. bukan itu saja otak korang pun menjadi lebih segar..

Senaman ni senang jer.. korang hanya perlu membaca serta memahami isi ayat yang disampaikan.. sambil tu lakukan aksi senaman mengikut perkataan yang dihuruf besarkan seperti kat bawah ni....

TAK - Pusing kepala ke kanan..
U - Pusing kepala ke kiri
I - Hentakkan kaki kiri dan kanan
DENGAN - Lompat katak
DAN - Jelirkan lidah
LER - Kembangkan lubang hidung anda sekembang bunga matahari..
DARI - Hentakkan lutuk kanan ke arah dinding atau tiang atau aper-aper jer..

Okey untuk permulaan kita buat latihan asa dulu berdasarkan ayat yang diberikan.. okey mula..: Apa LER (kembangkan idung) korang.. TAK (pusing kepala ke kanan) jiwa bundle langsung.. biar LER (kembangkan idung) si Ambo DENGAN (lompat katak) si Kucai tu bergaduh....” kata Ady Palong Satu kepada si Nuar Mastika.. haa kan senang tu... alaa member gua si Nazie 666 buat slamber jer.. tak sampai 2 minit peluh kluar mencurah2 siutt....

Okley kali ni gua bagi karangan yang kira agak sukar sikit.. karangan sebabak ni bertajuk 'Abang Scrambler Dan Awek Kedai Buluh..' untuk permulaan baca ler pelan-pelan.. takut nanti korang jadi kompius..

"Wah!! lama TAK jumpa Cik Nik.. DARI mana ni.. amacam U sekarang? tanya Kayum sambil melakukan aksi wheele yang sungguh ngeri DENGAN motor scambler yang baru sajer beliau beli pagi tadi DARI kedai motor Ah Kong..

"Wowww!! Abang Kayum.. I baru JER balik DARI shopping sakan DAN begitu sehat sejahtera.. sampaikan TAK pernah demam selama 20 tahun.." jawab Cik Nik bersahaja..

"Oh!! terujanyer saya mendengar.. patut LER makin bertambah manis.. errr!! jom LER naik scrambler I ni.. I bawak U pusing-pusing KL…” rayu Kayum DENGAN penuh bersemangat sehingga mata beliau bertambah kuyu..

“Sorry LER Abang Kayum.. I bukan TAK sudi nak naik motor scambler U.. tapi I lebih suka naik jetski.. bagi I jetski lebih gempak.. DAN kuasa kudanyer begitu berkuasa sekali.. TAK macam scrambler U.. baru naik bukit sikit dah semput” balas Cik Nik DENGAN gaya yang sungguh selamber..

“Oooo.. berani U hina scrambler I.. U kejam Cik Nik.. U kejammmm!!.” terhiris DENGAN kata-kata Cik Nik membuatkan Kayum memecut scrambler beliau DENGAN kelajuan tahap tinggi DAN terus merempuh sebuah gerai mamak yang berada TAK berapa jauh DARI situ..

“Adoii!! sakit LER.. LER.. LER.. apa pasal lu kasi langgar saya punya kedai.. sudah LER... LER.. LER.. LER.. LER.. LER hutang tarak mau bayar.. lagi ini kedai lu kasi hantam..

“Sorry LER.. LER.. LER.. LER.. LER.. LER.. LER mamak.. I.. I.. I.. I.. I.. I.. I.. I TAK.. TAK.. TAK.. TAK.. TAK.. TAK.. TAK.. TAK.. TAK..sengaja..” jerit Kayum DENGAN.. DENGAN.. DENGAN.. DENGAN.. DENGAN.. DENGAN.. DENGAN suara penuh kesakitan DARI.. DARI.. DARI.. DARI.. DARI.. DARI.. DARI.. DARI.. DARI.. bawah meja..

* Untuk permulaan senaman ni kira agak sukar untuk dihayati.. tapi setelah anda dapat memahami maksud ayat pasti anda akan dapat melakukannya DENGAN lebih pantas.. apo lagi muler LER.. LER.. LER.. LER.. LER.. LER.. LER.. LER.. LER.. LER.. LER.. (3, 257, 469 X)