Isnin, 22 Mac 2010

FUTSAL YANG MENGHIBURKAN...


SETELAH lama sangat bersara dari lapangan sukan.. terutama sukan gasing pangkah.. galah panjang.. congkak dan laga ayam.. akhirnya gua terpaksa akur diatas desakan para peminat yang tenaga dan skill gua memang masih diperlukan untuk menguatkan lagi barisan team futsal kat opis gua... terutama untuk menghadapi sukan musim sejuk antara jabatan yang akan diadakan tidak berapo lama lagi..


Kekalahan 150 berbalas 8 kepada pasukan kilang kicap Usin Dol pada pertandingan akhir futdam (sukan terkini gabungan antara futsal dan dam) yang di padang letak kereta di depan kedai motor Ah Chong di Bangi tahun lepas begitu memeritkan buah pinggang gua..  sehingga hati gua begitu terharu dan terus mengambil keputusan untuk bersara wajib dan meletak jawatan sebagai penyerang berbisa bagi menumpukan kepada acara sukan kegemaran gua iaitu acara jalan itik tujuh sebelah


Bagi menunjuk kepada peminat yang skill gua masih berbisa.. satu perlawanan akhir pertunjukkan amal futsal telah diadakan baru-baru ini antara team opis gua dengan satu team dari Subang disebuah gelanggang berkecuali di Puchong.. yang mana team kitorang turut menjemput beberapo orang member-member lamo untuk membuat pertunjukan lawak slapstik bagi memeriahkan lagi suasan agar dapat menyembuhkan penyakit parkinson para penonton yang hadir.. 


Belum sempat pengadil meniup wisel permulaan.. team kitorang yang dibarisi oleh Aboboy.. Asri Jony.. Rizal Minggo, Akrun Moses dan Nuek Odigun tanpa segan silu terus meluru untuk melakukan serangan hendap keatas team Subang dan satu gerakan solo oleh Rizal Minggo di luar petak penalti pada minit ke 8 telah dapat ditepis oleh penjaga gol team Subang dengan mudah walaupun ketika itu Rizal Minggo telah berjaya menyiku orang 3 pemain pertahan pihak lawan tanpa disedari oleh pengadil perlawanan..


Dan satu hantaran lintang pukang yang lakukan oleh Aboboy pada minit ke 60 juga gagal dikais dengan kemas oleh Asri Jony.. walaupun pintu gol lawan telah terbuka luas kerana penjaga gol mereka telah keluar sebentar untuk pergi menonton wayang.. masuk sahaja ke minit ke 61.. Akrun Moses yang tidak dikawal telah melakukan satu sepakan lencong dari luar gelanggang namun dapat ditangkap kemas oleh pemain simpanan team Subang dan pengadil perlawan tanpa usul periksa terus memberi enam sepakan penalti kepada team lawan walaupun dibantah oleh Nuek Odigun kerana bola terlebih dahulu telah terkena tangan pemain team Subang..  


Walaupun team kitorang telah ketinggalam 118 berbalas 4 pada minit ke 85 separuh masa ke enam.. namun semangat juang kitorang masih belum pudar.. dan sewaktu team kitorang sedang asyik melepak di tepi gelanggang sambil berbual mesra dengan penonton yang hadir... tanpa disedari team lawan telah berjaya menambahkan 20 gol lagi temasuk 7 gol saguhati..


Hati gua semakin panas bila melihat team kitorang seakan-akan menjadi team lauk pasukan dari Subang tersebut.. lalu dengan semangat membara.. sepantas kilat gua pun meluru masuk ke gelanggang untuk mengucar-kacirkan lagi team kitorang.. namun sebaik saja gua melintasi garisan sempadan gelanggang.. pengadil pun terus meniup wisel penamat.. dan maka terselamatlah team Subang tersebut dari amokan gua.. kalau tidak dah tentu mereka akan balik dalam keadaan seribu kekesalan kerana beria-ia sangat hendak menentang team kitorang... namun kitorang masih tetap berbangga kerana berjaya mengekalkan kekalahan buat kali yang ke 16 berturut-turut...

Khamis, 18 Mac 2010

BILO WARTAWAN PLAK KONO ATTACK...


KUALA LUMPUR: Beberapa wartawan hiburan, semalam tampil membuat laporan polis mengenai kenyataan berbentuk penghinaan dan ugutan dalam sebuah laman web sosial, Facebook yang dipaparkan individu yang menggunakan laman sembang yang dikenali sebagai “all entertainment reporters... - Berita Harian..


Kalau ikutkan memang gua tak nak ambik pot pun dalam hal-hal remeh camni.. bagi gua tu semuo buang maso jer.. kira macam melayan orang terencat akal nanti tak pasal-pasal kito pun jadi sewel gak macam diorang.. tapi bilo gua tengok perkara ni dah merapu mengalahkan blog gua ni dan sebahagian yang menjadi mangsa tu adalah orang2 yang gua kenal jadi terpakso la gua ulas gak kisah ni agar menjadi lebih merapu lagi mengalahkan filem Mr. Bean dan Abang Bachok The Movie..


Gua pun tak paham la apo niat sebenar si sengal tu sanggup buang maso buat satu ruangan di facebook semato-mato nak hentam para wartawan hiburan.. mungkin sajer nak menunjuk kat orang kampung dio kut.. nak bagi tau hanya dio sorang jer yang ado facebook.. tapi dio tak tau yang gua ni pun ado gak facebook.. tapi sajer jer gua rahsiakan.. sebab terikat dengan akta rahsia rasmi blogger sedunia..


Bagi gua kalau stakat hentam manja-manja tu tak do hal la.. biaso la bila dah ramai-ramai tu ado gak wartawan hiburan ni yang belagak nak tompang glamor mengalahkan artis.. tapi melampau la bila panggil diorang tu babi la.. si gemok la.. (walau memang betul pun gemok) yang kesian si Duan dari majalah Hai la.. ada ko muko dio yang macho tu diorang bleh panggil mat Bangla.. haa tu yang si Duan tak bleh terimo tu.. kalau panggil Shah Rukh Khan tu bleh tahan gak.. jangankan Duan.. gua yang iras-iras Johnny Depp ni pun kalau orang panggil Brad Pit pun gua hangin.. 


Dalam ramai-ramai yang kena hina tu.. gua tengok sorang ni jer paling cool.. tapi kalau ikutkan dio la antara mangsa yang paling teruk kena hentam.. gau terpikir apsal la si minah ni tak hangin macam wartawan yang lain.. biasa kalau bab-bab cam ni suara dio la yang memetir dulu.. rupernyer setelah disiasat.. emmmm!! baru berjumpa dengan abang dari London.. patut la senyum jer.. dalam hati ado bunga rupernyer.. hahahaaa..


Tapi tak apo la.. nampaknyer polis pun tengah siasat kes ni.. orang sengal separuh masak tu pun dah dapat dikenal pasti... jadi gua pun tak nak la merapu lobih-lobih.. nanti tak pasal-pasal muko gua yang macho ni plak diorang letak dalam laman facebook tu dan kutuk kaw-kaw dah tak pasal-pasal gua plak yang hangin satu badan.. cehhh!!..

Selasa, 16 Mac 2010

BETUL KO UFO TU BRO...


KUALA LUMPUR - Seorang pengkaji makhluk asing tempatan, Ahmad Jamaludin meramalkan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) akan muncul sekali lagi dalam masa tiga bulan ini di ruang udara Lembah Klang. Pengkaji UFO bebas dari Kuala Terengganu itu berkata, kebiasaannya, tiga bulan merupakan waktu maksimum bagi UFO untuk muncul.. -  Kosmo


Kelibat kapal angkasa UFO yang di lihat berkeliaran kampung Damansarap lewat petang semalam begitu mengejutkan seluruh warga kampung yang sedang asyik menikmati juadah makan tengahari dimajlis cukur jambul cucu Asan Sahlan yang juga merangkap sebagai penghulu di kampung tersebut.. rombongan UFO itu dikatakan turut melambai-lambaikan tangan kepada semua para tetamu sebagai tanda semangat 1M’sia.. sebelum memecut laju dan terus hilang dari pandangan.. malah terdapat berita palsu dari sumber yang tidak boleh dipercayai menyatakan bahawa rombongan UFO tersebut juga telah dilihat bersiar-siar di Bagan Lalang sambil pekena ikan bakar yang terdapat di situ..


Menurut Suman Gagap yang juga seorang saksi penting kejadian ngeri tersebut menyatakan kepada spy Penanggah bahawa pada mulanya beliau melihat kapal UFO yang berbentuk kapal tangki tersebut mundar- mandir sambil berpusing-pusing diruang angkasa.. lalu melakukan pusingan U di depan One Utama.. sebelum memecut laju dan hilang dalam sekelip mato..


“Umang aii!!.. terkejut betul pakcik tengok kapal UFO tu.. bukan main bosar lagi kalah kapal solam pakcik.. kejadian tu berlaku begitu pantas sampai pakcik pun tak sempat la nak ambik dionyer nombor plate.. yang pakcik ingat  kapal tu warna pink.. kat sebelah depan tu ado raga besar..” ujar Suman Gagap bersungguh-sungguh kepada spy Penanggah..


Asan Sahlan yang sempat di temui turut mengesahkan kenyataan Suman Gagap tersebut.. malah beliau turut sempat melambaikan tangan ke kapal tangki UFO tersebut sambil menunjukkan isyarat peace dan UFO tersebut turut membalas lambaian tersebut sambil menunjukkan isyarat penumbuk..


“Mulo-mulo tu pakcik ingat ado orang sajer nak sabotaj majlis cukur jambul cucu pakcik ni.. tapi bilo benda tu semakin dekat baru la pakcik tau inilah dio UFO yang selalu keluat kat TV tu.. dan jugak pakcik ingatkan kok ado orang nak buat cerito Avatar siri tv plak ko kat sini.. kalau ado best dak dapat gak pakcik berlakon jadi rasaksa..” jelas Pak Asan kepada spy Penanggah..


Tapi bilo kapal UFO tu dah main kasar siap landing kat atas bumbung reban ayam pakcik sampai abis smuo ayam-ayam pakcik mati terkejut.. haa tu yang buat pakcik naik hangin.. apo lagi pakcik pun terus la start kapal angkasa pakcik.. lalu pakcik pun terus menghambat UFO tu keliling kampung..” cerita Pak Asan lagi sambil berguling-guling di tepi tangga rumah beliau..


“Abih tu dapak ker pakcik tangkap UFO tu?.. tanya spy Penanggah 


“Mulo-mulo tu susah gak la nak kejar.. jauh gak pakcik kono tinggalkan dek kapal UFO tu.. tapi bilo masuk jer kat highway Duke arah ke Gombak pakcik terus tukar giar 21.. apo lagi UFO tu terkejut beruk ler bilo tengok pakcik bleh himpit kapal tangki angkasa dio tu tanpa sebarang masalah.. bilo sampai jer kat Sentul pakcik terus masuk giar 30 dan bedesup pakcik potong kapal UFO tu terus ke jalan Duta.. hahaha.. tinggal la kapal UFO tu makan asap pakcik.. padan muko.. dio tak tau pakcik ni bekas mat rempit kat kampung ni dulu..


“Ehh!! Pakcii ni nak tangkap UFO tu ko atau sajo nak beracing?.. tanya spy Penanggah separuh hairan..


“Laa tu semuo la tu.. mulo-mulo tu memang la niat murni pakcik nak tangkap UFO tu nak mintak ganti rugi sebab diorang dah bunuh semuo ayam-ayam pakcik.. tapi bilo berlaku adegan kejar mengejar tu.. sampai pakcik naik syeh terus jadi lupo diri.. kalau ingatkan menyesal plak rasanyer tak dapat nak mintak ganti rugi dari UFO tu..


“Haa padan laa muko pakcik.. sengal sangat.. macam mano laa orang kampung bleh pilih pakcik ni jadi ketuo diorang..


“ Aii kasar nampaknyer lawak ekau ni Penanggah.. kang dengan ekau plak pakcik hambat dengan kapal angkasa pakcik ni haaa..

Selasa, 9 Mac 2010

KASI GODAM SAMPAI LUNYAI..


LONDON - Pengasas laman web perkongsian sosial Facebook di Internet, Mark Zuckerberg didakwa menggodam akaun e-mel beberapa saingannya dan wartawan, lapor akhbar Mail On Sunday semalam. Ketua pegawai eksekutif laman perkongsian sosial yang paling berjaya di dunia itu didakwa melanggar sekurang-kurangnya dua privasi dalam satu siri artikel yang disiarkan oleh BusinessInsider.com... - Kosmo


Puas la gua pikir.. apsal la guanyer e-mel selalu jer jem.. pagi tadi time gua tengah syok layan e-mel dari sorang awek Turki yang gua kenal minggu lepas kat pasar malam Tampin.. tetibo jer komputer gua bleh blackout.. gua chek dionyer piston ok jer takdo problem.. nak kato timing belt putus baru jer gua tukar minggu lepas.. gasket ngan spark plug pun gua dah ganti baru... takkan bleh jem.. tu yang bikin gua heran lagi muskil .. 


Tapi setelah gua terbaco laporan Chongkau Post edisi semalam.. baru la gua tau… laa angkara lu rupernyer Zuckerberg.. mati-mati gua ingatkan musuh lamo gua John Dempong sorang agen CIA dari Uganda sajer naik sabotaj e-mel gua.. tapi nasib baik guanyer blog Penanggah ni lu tak sempat nak godam.. klau tak mau berlaku rusuhan kaum kat kampung gua.. memang gua panggil Sarjan Buncit la kasi hantam sama lu..


Mark Zuckerberg yang tak berapo macho.. gua tau la dari dulu lagi lu memang dengki sama gua.. lu takut guanyer blog merapu ni lebih popular dan glamer dari lunyer facebook yang entah apo-apo tu.. tapi camno pun kat sini gua nak bagi lu warning yang ketujuh.. lagi skali kalau lu godam guanyer e-emel ataupun cubo nak sabotaj guanyer blog.. tau la nasib lu.. gua kasi godam plak lunyer facebook sampai lunyai.. biar kita samo-samo tak bleh nak chating dan berfacebook lagi.. haaa baru padan dengan muka kito smuo..


Dan last skali gua nak mintak tolong samo lu Zuckerberg.. lu jangan skali-skali nak try godam plak guanyer facebook.. mano ler tau sebab lu cemburu tengok guanyer peminat dan awek facebook gua dah meningkat  seratus lebih mengalahkan peminat lu yang 4 orang jer tu.. gua agak lagi seminggu duo ni mau mencecah seribu orang... nanti bleh ler gua join club menjana RM100 dengan facebook.. perghh!! kayo la gua lopeh ni mengalahkan lu.. tapi kalau lu nak join pun ok gak.. lu bagi la gua RM100 dulu tapi kalau nak begi lebih duo tiga juta pun ok gak hehehee..


* Pssstt!!!.. Zuckerberg kalau lu terer sangat nak menggodam.. lu godam la blog si poyo miraeamer.blogspot tu ko atau blog kembara member gua si manhassan.blogspot… bukan apo guanyer peminat dah ramai yang cabut jadi follower diorang plak.. cehhh!!..

Jumaat, 5 Mac 2010

MACAM-MACAM HAL (3)


Dunia Makin Panas.. Manusia Pun Makin Ganas..

PETALING JAYA - Genap seminggu selepas kematian Syafiah Humairah Sahari, 3, akibat didera, kita dikejutkan dengan satu lagi kes penderaan yang meragut nyawa seorang kanak-kanak yang lebih muda - baru berusia setahun enam bulan. Bayangkan dengan usia sekecil itu, kanak-kanak malang tersebut, K. Hareswarral mengalami kecederaan serius yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Enam tulang rusuknya patah, hatinya pula hancur.. Utusan M'sia..  

APO la nak jadi dengan negara kita sekarang ni pun gua tak tau la.. dah la dunia semakin paneh.. batuk dan selsema gua pun dah semakin bertambah maju.. tapi bilo gua baco jer surat khabar dan tengok berita kat TV perangai orang-orang yang separuh masak ni.. hati jadi paneh naik sampai 125 darjah celcius.. darah dan hingus gua tetiba jadi mendidih mengalahkan gelombang El Nino yang tengah hangat menyerang negara kita sekarang ni..

Yang orang politik lain plak perangainyer.. gua tengok diorang dah macam kat sarkas.. yang terlompat kesana yang terlompat kesini mengalahkan beruk mat yeh.. yang si cipan dari parti Apam Balik plak sebok bersorak dan menunggu sambil memujuk si beruk dari Parti Pulut Panggang yang dok terlompat-lompat tu agar masuk geng diorang plak.. mano tau si beruk yang dok terlompat-lompat tu bleh jadi modal politik diorang plak.. klau ikutkan samo jer 2 kali 16..

Tapi yang paling gua tak bleh terima bilo gua tengok berita kat TV tentang tragedi 2 pembunuhan kanak-kanak yang berlaku dalam minggu ni.. apo lagi guanyer kolestrol dan penyakit sengal tulang pun naik la mendadak hingga mencecah tahap bahaya.. yang paling gua hangin sebab yang kena bunuh tu budak-budak.. umur pun baru 18 bulan dengan 3 tahun.. apo la yang budak-budak tu tau.. yang si sengal tu plak nak tunjuk handal pun dengan budak becik.. 

Kalau rasa diri tu dah handal sangat.. hebat mengalahkan X-Men.. pegi ler fight dengan harimau atau badak air kat Zoo Taiping tu haa.. baru ler gentle one bye one.. ini dengan budak kocik kira tahap bayi.. nak melawan camno.. aiii kalau gua dapat la mamat tu.. mau gua suruh dio baring kat atas jalanraya lepas tu gua suruh sorang-sorang datang kasi tumit dionyer pusat.. haa baru padan dengan dio punyer muko.. tu la dio takdo kojo carik kojo.. cehhh!!!!..

Rabu, 3 Mac 2010

EL NINO MEMBUAT GUA DERITA..


DALAM seminggu ni gua tengok cuaca dah tak begitu menentu.. pagi panas petang plak hujan.. petang hujan malam plak panas... ado tu duo tigo hari tak hujan-hujan sampai dio punyer paneh umang aiii bleh tebakar kulit.. bahang semacam.. tetiba malam plak hujan bukan main lebat mencurah-curah.. skali dengan sound effect ribut petir... sampai gua pun tak dapat nak duduk diam.. terpakso mengelak petir kiri dan kanan.... 

Begitu ler keadaan cuaca skrang ni... sampai penyakit selsema dan batuk pun dah datang nak berkawan dengan gua.. tapi gua terima gak la seadonyer.. tu yang buat gua tak berapo sihat skarang ni.. orang kata smuo ni angkara si El Nino.. apo kebondonyer si El Nino tu pun gua tak tau la.. yang gua tau guanyer suara dah tak semerdu dulu.. tapi merdu skit dari suaro itik serati.. 

Ruponyer kat opis gua ni pun ado gak duo tiga orang lagi yang turut terpaut dengan penyakit ni.. nah hambik kao... samo-samo la kito memeriahkan opis ni dan berjaya menselsema dan membatukkan member-member yang lain.. haa lagi ramai lagi bagus mau kosong opis ni.. heheee..

Penyakit batuk dan selsema ni buat gua jadi tak selesa.. otak jadi buntu.. idea pun turut terbantut dan keliru.. sampai gua pun dah tak tau apo yang gua nak merapu kali ni untuk gua nak masukkan dalam blog ni.. ado skali tu gua cubo nak merapu pasal cerito pertarungan antara spiderman dengan babun di Kenya.. mulo-mulo tu ok jer siap dengan special effect mengalahkan cerito Avatar..

Tapi bilo masuk jer babak ganas.. adegan awek spiderman iaitu seekor awek cipan dari Tanzania yang cuba di ngurat oleh seekor babun dari Uganda.. idea gua tetiba terputus.. tak tau apo plak kesinambungan babak tu.. lalu gua pun tak dapat nak teruskan cerito tu.. sampai spiderman dan awek cipan serta babun dari Uganda tu naik geram samo gua.. sampai nak ajak gaduh one by one dengan gua.. sebab tak puas hati gua stopkan cerito diorang.. bagi mengelakkan suasana menjadi lebih ganas dan tegang.. hanya stakat ni jer la nampaknyer yang dapat kongsi dengan korang.. bukan apo sebelum diorang jumpo dan belasah gua kat sini.. baik gua blah dulu..