Jumaat, 31 Julai 2009

HARI BORING SEDUNIO GUA..


BORING betul la ari ni.. tak tau apsal.. nak kato tak makan.. tak mungkin ler plak.. sepinggan lantak nasik ayam gua sembat tengah hari tadi.. tu tak termasuk lagi teh ais dua gelas bosar.. nak kato tak berduit.. baru jer semalam menang loteri 4WD duo juta.. tapi tak tau la apsal ari ni gua boring semacam.. raso macam malas jer nak buat kojo.. tapi kalau bab makan laju la plak macam speed boat.. pantang diajak.. berdesupppp..!!


Dah masuk petang ni pun.. masih gak raso boring.. nak merayau tak tau plak mano nak pegi.. nak pegi mengurat dah ramai plak awek keliling pinggang.. maleh plak rasonyer nak tambah koleksi... baco suratkhabar pun lagilah boring.. takdo kisah lain.. kisah ISA.. kisah dadah... H1N1.. Nordin Mat Top dan kalau kisah artis pun kisah yang artis ni bercinto ngan si artis ni.. yang artis ni tak puas hati dengan si artis ni.. yang kisah artis ni pulak tak bayar sewo rumah.. smuo kisah masalah.. tu yang buat gua lagi bertambah boring super bosan..


Besok lagi tak tau nak buat apo.. duo hari cuti Sabtu ngan Ahad.. nak pegi merayau kat downtown malas plak nak berasak-asak.. walaupun kat situ awek ramai.. gua cepat ler rimas bila dah ramai-ramai tu.. nak keluar town lepak kat KLCC takut plak skarang ni sebok ngan H1N1.. nanti tak pasal-pasal pasal gua pun masuk surat khabar muko dopan.. tu yang tengah pikir nak buat apo besok ni..


Dulu kalau boring-boring bleh gak ajak member merayau.. paling tidak pekena ikan bakau kat Bagan Lalang ko atau paling koman pun pekena teh tarik kat kodai mamak.. kalau ado modal sikit.. Genting atau Cameron ler..  start jer kereta.. berdesuppp.!!!! malam baru balik rumah.. tapi skarang smuo member tengah asyik bercinto.. nak bergerak semuo kena lapor diri dulu.. kekadang gua pun kesian gak tengok orang bercinto ni.. kalah askar.. nak lapor diri 24 jam... sampai nak pegi tandas pun kena lapor diri gak.. takut nanti awek call tak dapat.. dah mengamuk plak.. lagi satu hal nak memujuk.. cehhh!!!..


Raso-raso macam nak balik kampung.. itu pun tak tau lagi.. balik kampung pun nak jugak duit.. paling tidak terebang gak limo nam puluh hinggit.. duit tol ngan minyak... tak masuk makan minum lagi tu.. ahhh..!!! susah-susah tidor jer ler besok.. ngabiskan maso... tapi berapo lamo plak nak tidor.. takan nak tidor 24 jam.. mau gua mati keras kat atas katil tu sesorang.. 


Ahhhhh.... BORINGGGGNYERRR..!!!!

Rabu, 29 Julai 2009

Kongsi Gelap.. YB dan Abang Usin..


KUALA LUMPUR – Seorang penganalisis jenayah tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir wakil rakyat ditaja oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap tertentu untuk menghalalkan kegiatan haram di kawasan mereka. Hasil analisis dan pemerhatian pihaknya mendapati, banyak kegiatan haram antaranya pusat judi, hiburan, spa dan pelacuran tumbuh di kawasan terlibat selepas wakil rakyat berkenaan memenangi pilihan raya. - Utusan


Menurut pakar analisis tulang rangka merangkap pakar urut dari balai bomba Ulu Teriang.. iaitu Prof. Usin Kimbo ketiko membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk 'Kongsi Gelap 1Malaysia Menuju Puncak'.. didalam satu bengkel pengurusan rumah tanggo yang dianjurkan oleh persatuan bengkel-bengkel motor Bahau beberapo hari lepas.. menyatakan dari intipan beliau selamo beberapo tahun.. terdapat ramai YB telah menggunakan khidmat kongsi gelap sebagai wakil mereka ke mesyuarat JKKK di kawasan pemerentahan yang mereka wakili..


Dalam pembentangan tersebut... Prof. Usin Kimbo juga turut menggambarkan situasi genting yang sedang menyerang masyarakat dikala ini... akibat dari pergaulan bebas antara pemilik kongsi gelap yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan dengan para YB tersebut.. ketiadaan maso kerana terlalu sebok dengan bermain golf dan menguruskan projek bot pancung adalah alasan popular yang selalu diguno pakai oleh para YB ni untuk mengaburi pandangan masyarakat berbilang kaum di negara ini..


Seorang timbalan pengarah kongsi gelap yang tidak berapo digeruni.. SivaDee TheBoss dari kumpulan D24 cawangan Mat Insun yang sempat ditemui oleh spy Penanggah.. ketiko sedang sebok mencurik buah sawit diladang Apiz Sakmi beberapo minit lalu.. turut mengakui akan perkara tersebut.. malah beliau turut mengakui pernah dilantik oleh YB Nuek sebagai wakil penghulu mukim Lombok Selatan ke mesyuarat agung PBB untuk beberapo kali.. dan beliau juga pernah dilantik untuk wakili kampung Boting Kuala Pilah ke sukan Asia di Jerman duo tahun lepas.. 


Menurut beliau lagi.. walau pun beliau hanya mendapat tempat tercorot dalam semuo acara termasuk acara gymrama dan renang berirama namun beliau telah dianggap sebagai wira kampung Boting.. diatas kegagalan tersebut beliau juga telah dianugerahkan pingat tertinggi AMNPJK.. yang bergelar Tan Tun Sri.. malah beliau hampir-hampir dianugerahkan gelaran Sir.. setelah berjayo memecah masuk ke stor getah keping Gan KIm Kiat di Bukit Bintang pada malam minggu lepas..


Di akhir pembentangan tersebut.. Prof. Usin Kimbo sambil mato beliau mengusya beberapo orang awek yang lalu-lalang.. turut mengakui akan kepentingan hubungan yang erat antara YB dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap tersebut.. ini adalah kerana mereka amat memerlukan antara satu sama lain.. ibarat aur dengan tebing.. seperti enau dalam belukar ataupun air yang tenang jangan disangka tiada buayo..   sebagai mata dan telinga kerajaan.. ibarat sebagai jambatan yang menghubungkan antara pemimpin dengan rakyat.. malah menurut beliau lagi pemimpin beginilah yang amat-amat diperlukan oleh negara kita sekarang ini.. ujar beliau sambil mencapai sepinggan mi goreng...

Isnin, 27 Julai 2009

BANYAK JAHAT ITU KONGSI GELAP..


KUALA LUMPUR 26 Julai - Pelbagai pihak menggesa agar operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa di negara ini khususnya di Lembah Klang. Mereka mahu ia diperangi habis-habisan setelah banyak kes kebelakangan ini menunjukkan seolah-olah ia dilindungi termasuk oleh 'orang politik' sehingga tidak takut mencabar undang-undang.  - Utusan 


Al Cipone.. ketua samseng Cipan Berantai paling digeruni oleh kanak-kanak sekolah rendah di jalan Kia Peng.. seorang penjenayah terkenal yang lahir dari wilayah selatan New York.. menguasai hampir seluruh perniagaan haram di bandar besar ini.. dari rumah urut hinggolah ke perniagaan samsu haram.. semuo perjudian dari lumba kambing gurun hinggalah ke laga ayam katik.. apa saja perniagaan haram nama beliau pastikan tersenarai..


Beliau yang bermula sebagai pencuri kecil-kecilan dengan merembat rambutan di rumah penghulu Suman hinggalah jenayah besar seperti menculik kambing boer John Rambu di Ulu Kancung.. kalau stakat mencurik kasut kat masjid tu kiro permainan maso lapang jer tu.. begitulah hebatnyer si Al Cipone bersamo kumpulan beliau Cipan Berantai ni.. 


Menurut beliau yang sempat spy Penanggah temui semaso sedang menjual cendol pulut kuning kat bawah pokok ketapang di simpang tigo kat kampung Bongek.. menyatakan bahawo beliau kini telah bersaro wajib.. kiro dah pencen la.. takdo lagi la nak merompak-rompak ni.. kumpulan Cipan Berantai pun dah hilang entah kemano.. mungkin dah jadi kumpulan Mangkui kut.. "Dengan duit pencen dan simpanan KWSP ni.. dapat la pakcik buat modal meniago cendol pulut ni haa.." ujar beliau sambil mengacau cendul didalam baldi dengan kaki..


Ditanyo apo yang membuatkan beliau tetibo plak bertaubat nak jadi baik ni.. "Perghh.. panjang ceritonyer spy Penanggah oii.. satu hari tu pakcik ngan kumpulan Cipan Berantai plan la nak menculik kambing boer si Mael Afro kat kampung Ulu Kancung.. malam tu kami pun gerak ler.. menunggu lori yang membawak kambing Mael tu kat simpang jalan.. lebih kurang 3 jam menunggu akhirnyer lori tu pun sampai.. apo lagi kami pun tak bagi peluang.. terus menyerang hendap.. driver tu pakcik gigit tengkuk dio sampai pengsan lalu dengan kambing termasuk lori-lori tu skali kami rembat.." cerita beliau sambil menari-nari riang..


"Sampai kat markas kami pun terus parking ler lori tu.. masing-masing bukan main suko lagi dapat menculik kambing boer si Mael Afro.. sampai ado yang melompek sampai pucuk kayu.. yang berguling-guling suko macam orang kono sawan pun ramai gak.. termasuklah pakcik ni haa.. masing-masing tak sabar-sabar nak mengiro untung.. lagi satu tempat tu plak golap.. terpakso la kami mengangkat kambing tu ke tempat yang terang sikit.."


"Raso macam nak pengsan pun ado gak.. bilo tengok kat belakang lori tu.. banyak tu memang laa banyak.. pakcik kiro-kiro ado 60 ekor lobih.."


"Fuhh.. kayo la pakcik camtu.." spy penanggah cubo nak mengusik..


"Kayo tengkorak ekau.. kalau kambing tu boleh la.. tapi ni haa.. BABI.. nak buek apo.. rupo-ruponyer kitorang dah salah lori... celako punyo babi.. hampeh btull.. tak pasal-pasal pakcik kono samak dengan air lumpur.. itu la sobabnyer pakcik terus pencen jadi samseng ni.. sobab malu.." jelas beliau dengan geram.. lalu melompat kedalam tong cendol di atas meja..

Jumaat, 24 Julai 2009

CITTT.. BUSUK PUNYA KAKI


PUTRAJAYA - Tindakan 100 penternak ayam daging di Johor yang melepaskan 4,000 ekor anak ayam di hadapan pejabat Jabatan Veterinar negeri merupakan perbuatan yang kejam dan tidak bertanggungjawab, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar. - Kosmo 


Akibat dari perbuatan tokey ayam Ah Fung Keong dari syarikat penerbitan ayam semenanjung yang begitu berani melepaskan ayam katik yang beliau cintai di dopan rumah tokey biskut Wong Fei Hong.. yang juga seorang pakar kung fu dari maktab perguruan shaolin selatan telah mencetuskan mini rusuhan di dopan padang sekolah tadika Kampung Baru Mei Hua.. rusuhan tersebut juga telah menyebabkan pihak kerajaan Haiti Selatan terpakso melakukan perintah berkurung di dopan sekolah tersebut selama 3 bulan 45 hari 20 malam berkuat kuasa serta tak merta..


Menurut Ah Fung Keong.. yang sempat spy Penanggah temui ketiko sedang berlago ayam katik dengan jiran sebelah rumah beliau menyatakan.. semuo ini adalah berpunca dari perasaan tidak puas hati beliau dengan pihak kerajaan yang gagal mengawal harga pasaran saham ayam katik yang tidak berapo mantap sejak duo tigo minggu ini.. berbanding dengan harga getah keping yang agak stabil walaupun didagangkan dalam dagangan yang agak longang..


Parumal a/l Kanan seorang driver lori dan juga seorang saksi yang turut mengaku terlibat bersamo-samo dengan Fung Keong melepaskan ayam didepan rumah Wong Fei Hong.. menyatakan semaso beliau hendak melepaskan ayam tersebut beliau telah diserang oleh seekor raksaksa yang agak ganas.. raksasa tersebut pada mulanyer cuba menangkap buku lali kiri beliau.. tetapi beliau sempat mengelak dan terus melompat keluar dari tingkap lori tersebut yang dipandu laju dan ini menyebabkan beliau berguling-guling diatas jalan sepanjang 2.35 km..  


Menurut Parumal lagi ketiko raksaksa tersebut hendak mengkerate rusuk kanannyer.. beliau sempat melompat keatas bumbung lori tanker yang sedang lalu dan melepaskan satu tendangan yang agak padu ke rusuk kiri rasaksa tersebut dan terus menggigit urat keting kanan raksaksa tersebut dan ini membuatkan raksaksa tersebut menyerah diri lalu melarikan diri dikegelapan malam..


Beberapo ekor ayam katik yang ditemui oleh spy Penanggah ketiko sedang menyorok didalam somak turut mengakui perkara tersebut dan mereka juga turut mengaku bersamo-samo bertempur menentang raksakasa jahat tersebut.. walaupun terdapat diantaro mereka yang mendapat cedera parah akibat terkena percikan cahayo laser yang dilepaskan dari pistol raksaksa tersebut..

Rabu, 22 Julai 2009

GERHANA.. RAMAI KECEWA..


TIDAK seperti yang diharapkan.. ramai peminat gerhana melahirkan kekesalan mereka terhadap kegagalan pihak penganjur mengadakan gerhana matahari mengikut jadual yang telah ditetapkan.. mereka yang datang dari pelbagai pelusuk kampung dan negara telah berkumpul sejak minggu lepas lagi di laman rumah John Dempong.. ketuo rela kampung Air Leleh.. semato-mato untuk melihat keajaiban gerhana yang dikatakan akan mengeluarkan cahaya lampu kalimantang ketika berado tepat di atas garisan bujur 45 darjah utara.. melintang keselatan hingga ke tepi sawah belakang rumah Asri Jani.. driver lori sampah majlis daerah Alor Gajah..


Kekecewaan mereka tidak dapat dibendung lagi.. bilamana terdapat beberapo peserta yang tanpo malu-malu terus merembat beberapo ketul karipap pusing dan lempeng pisang yang disimpan oleh pihak penganjur dalam stor di dalam rumah John Dempong.. pengunjung juga turut kecewa bilamana acara tarian kudo kepang budak kampung Congkau dan tarian lengang perut oleh makcik-makcik felda Rokan Barat terpaksa dibatalkan disaat akhir.. kerana penaja didapati telah cabut lari bersamo-samo awek penjual tiket..


Spy Penanggah yang turut hadir dimajlis gilang-gemilang tersebut.. melihat John Dempong turut tidak ketinggalan bersamo para pengunjung merembat karipap pusing dan lempeng pisang yang telah beliau simpan sejak dua minggu lepas.. dengan itu spy Penanggah tanpo membuang maso pun turut bersamo-samo beliau merembat karipap pusing tersebut.. walaupun gagal mencilok beberapo keping lempeng pisang akibat terlalu leka melayan karipap yang begitu sodap sampai menjilat tumit kaki.. 


Beberapo orang pengunjung yang tidak berpuas hati diatas perjalanan majlis tersebut turut menunjukkan beberapo salinan jadual aturcara yang dijanjikan oleh penganjur kepada spy Penanggah..


3.00 pagi - 12.00 tnghari : Kehadiran tetamu jemputan.. VVIP termasuk presiden Obama dan perdana menteri Togo.. Mbeki Tamborin.. 


5.23 - 7.48 pagi : Berhenti rehat..


8.00 pagi - 7.12 malam : Acara pertandingan laga ayam 12 penjuru..


9.56 - 10.36 pagi : Acara melihat gerhana dimulai dengan tarian kudo kepang..


10. 41 - 11.00 : Berhenti rehat bersamo makcik felda Rokan Barat..


11.11 - 11.12 pagi : Pertandingan berguling tebing bukit 8 penjuru.. kalah mati..


11.32 - 12.00 : Majlis bersurai sambil berpantun..


12.01 -12.10 tnghari : Sarapan pagi..


12.28 -12.29 tnghari : Kehadiran semula tetamu jemputan.. VVIP termasuk presiden Obama dan perdana menteri Togo.. Mbeki Tamborin..


12.33 tenghari - 10.54 malam : Acara bebas.. majlis suaikenal dan beramah mesra dengan gerhana..


8.41 - 8.45 malam : Makan tengah hari.


9.00 - 9.00 malam : Acara melihat gerhana dan bersurai...


9.12 malam - 5.00 pagi : Berhenti rehat dan berdebat dengan presiden Obama..


Spy Penanggah yang turut pening melihat jadual aturcara tersebut cuba meminta penjelasan dari John Dempong.. namum beliau tidak dapat memberi kerjasama kerana sebok melayan karipap pusing..

Selasa, 21 Julai 2009

Yeeaahh.. Yeeaahh..!! Besok Ado Gerhana..


KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok. Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi. - Metro.


Gerhana yang bermula dari garis lintang 65 darjah utara melintas ke tenggara laman rumah ketuo kampung Mat Insun menuju ke garis lurus pusat bumi bawah tanggo rumah Wakdol dan dapat dilihat dengan jelas dari anjung rumah penghulu Seman di kampung Langkap..


Menurut juru tol dari pusat sains angkasa Keratong Empat.. saudara Steven Darus.. gerhana yang berlaku setiap 100 tahun ini akan menyobabkan berlaku sengal-sengal tulang terhadap penduduk kampung di beberapo kawasan.. terutama di kampung Parit Khai dan kampung Ulu Bachok.. ini disobabkan keadaan suhu ditempat tersebut tidak berapo mencongkam akibat dari kenaikan paras air laut di Laut Merah..


Bagi yang ingin melihat kejadian gerhana tersebut.. wakil driver lori sampah dari majlis daerah Alor Gajah.. saudara Asri Jani menasihatkan semua peminat gerhana membawa teropong.. kamera dan makanan sendiri.. ini adalah untuk mengelakkan keadaan berasak-asak ketika ingin mengambil gambar dan menurut Asri lagi.. urat keting beliau hampir terkehel semaso berebut-rebut mengambil gambar ketika gerhana 100 tahun lepas..


Dianggarkan hampir 200 ribu peminat gerhana akan membanjiri laman rumah pakcik John Dempong ketuo rela kampung Air Leleh bagi menyaksikan kejadian gerhana yang dianggap paling berprestij bagi tahun ini.. acara yang akan dimulai oleh tarian kudo kepang oleh belio kampung Congkau dan tarian lenggang perut oleh makcik-makcik felda Rokan Barat diharap akan dapat memeriahkan lagi majlis gerhana tersebut..


Majlis juga akan turut dimeriahkan dengan pertandingan gusti WWE antara Bob KImbo dan John MInggo bagi merebut piala JKKKK Kampung Bukit Selambau.. pertanding 7 penjuru ini akan diadakan sebanyak 73 pusingan kalah mati.. dan hadiah akan disampaikan oleh Alex Ferguson wakil dari majlis daerah Alor Gajah..


Sebelum acara gerhana di tamatkan semuo pengunjung akan dijemput bersamo-samo berjalan itik mengeliling rumah John Dempong sebanyak 5 kali dan hingga ke garisan penamat di tempat letak kereta .. ini adalah untuk mengelakkan pengunjung diserang penyakit sengal tulang kering.. pihak penganjur turut mengucapkan Selamat Harijadi Gerhana buat semuo pengunjung yang bakal hadir..

Jumaat, 17 Julai 2009

MARO.. RELAKS LERR.. BRO..


HARAPAN peminat Moncehster United (MU) untuk melihat kelincahan penyerang Mek Jenab FC.. Maro Teves buat julung kalinya beraksi bersama kelab tersebut untuk menentang pilihan Malaysia di Stadium Bukit Jalij malam minggu ini nampaknyer hancur berkecai.. apabila perjanjian damai antara kedua kelab ternama tersebut gagal mencapai kata sepakat mengenai jumlah bayaran perpindahan beliau ke MU.. sehinga hampir mencetuskan pergaduhan diantara kedua penyokong kelab tersebut di ladang getah Jelai Satu..


Alex Ferguson yang ditemui oleh spy Penanggah semaso sedang bermain congkak bersama Bob Kimbo dibawah rumah Mael Keroncong.. ketuo kampung Ulu Yam-Yam menyatakan bahawa pergaduhan tersebut adalah sebahagian dari strategi beliau untuk memerangkap dan mengelirukan pertahanan Malaysia malam besok.. malah pasukan bimbingan beliau akan menggunakan sistem 6-6-4.. dimana semua pemain simpanan MU akan menyerang dari sebelah kanan stadium.. sewaktu pasukan Malaysia berhenti rehat..


Spy Penanggah yang terserempak dengan Maro Teves sewaktu beliau sedang menjual apam balik di pasar malam Keramat menyatakan kekecewaan beliau diatas kegagalan perjanjian tersebut.. beliau yang digembar-gemburkan akan digandingkan bersama penyerang terbaru MU.. Akrun Moses yang di beli dengan nilai RM257.45 dari kelab Lipis FC dan John Minggo dari Segambut United yang di beli secara ansuran bernilai RM180.25..


"Aper la MU.. nak beli gua pun tak mampu.. bukan mahal sangat pun.. 65 hinggit 70 sen jer.."  getus beliau sambil mengunyah tiga keping apam balik yang masih panas.. "Nampaknyer lepas ni terpaksa ler gua tukar profesion dari penjual apam balik kepado pelukis karikatur sepenuh maso plak" jelas beliau lagi sambil mengangkat tong gas ditepi meja lalu membaling ke sebuah teksi yang sedang lalu..


"Aiii.. boleh ko lu lukis karikatur ni.. jangan lu lukis muko gua ni jadi mak lampir sudah.. tapi takpo ler Maro.. kalau lu tak dapat jadi pemain bola.. lu jadi pelawak pun ok gak.. gua tengok muko lu pun gua dah nak gelak.. heeheeheeeh.." spy Penanggah cuba mengusik..


"Ahhhh.. pegiiii dahhh.. kang silap-silap dengan Ferguson.. dengan lu.. lu skali gua lipat..."


"Perghhh.. sabau.. sabauuu... Maro..."


* Sebagai nak mengambik hati si Maro ni.. gua nak bagi cadangan kat korang.. kalau korang berminat nak menempah lukisan karikatur untuk tatapan korang sendiri sebelum tido atau kenangan perkahwinan korang ataupun sebagai hadiah untuk tersayang ker.. nak bagi cikgu ker.. hari jadi nenek korang ker.. tak kisah ler kalau korang nak lukis karikatur untuk kucing korang pun takda hal...boleh ler korang contact si Maro ni - 013-3330306..

Khamis, 16 Julai 2009

PAK BURSA MELOMPAT TINGGI..


KUALA LUMPUR - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup teramat tinggi hari ini dengan perolehan kukuh dicatatkan pada saham-saham berkaitan perbankan dan perladangan selepas Wall Street mempamerkan satu lagi peningkatan semalaman, kata para peniaga.- Utusan

Sekali lagi pasaran Bursa Malaysia telah melompat tinggi hingga ke pucuk kayu meranti dengan meningkat 717.44 mata menjadi 20,378.26 dalam dagangan awal yang begitu lengang dan ditutup bercampur-campur dan diselang-seli dengan gurau senda .. namum berjaya bangkit dimasa kecederaan sebelum wisel penutup ditiup lewat petang kelmarin..

Ini menyaksikan saham untung mengatasi saham rugi buat pertama kali selepas merdeka dengan 846 jaringan berbalas dengan 283.. sementara 76 kaunter tidak berubah.. 337 berkecuali dan hampir 42 digantung tugas..

Cuaca panas yang begitu terik di India Selatan turut membantu indek getah keping mengukuh 364.66 mata menokok kepada 12,345.67 bagi satu rekod dunia untuk tahun ini.. manakala indek kayu api nampaknyer begitu lemah semasa ditutup.. merosot 66.66 mata kepada 20,876.54 walaupun bermula agak garang semasa dibuka pada awal subuh..

Mendahului saham aktif Udin Kuntau Holding naik 45 sen namun dapat dipotong 24.72 mata oleh saham Leman Apam Balik diselekoh Bukit Tujuh arah ke Kuala Lipis.. saham John Dempong yang awalnyer mengekori rapat selepas waktu rehat nampaknyer semakin melemah jatuh 23 sen sebelum terbabas masuk kedalam belukar di Merapoh..

Kalau berdasarkan sektor.. nampaknyer produk pengguna mengungguli hampir 6.5 juta saham dipapan utama manakala perlombongan.. perkilangan dan perempitan hanya mampu melihat sayu akan kehebatan musuh mereka dari papan kedua dan ketiga setelah merosot hampir 497.35 mata dan hanya menguasai RM25.40 sen saham.. 

Khabar angin yang bertiup kencang tentang perkahwinan cik Mira dengan abang Bachok saudagar kambing boer pada tahun depan dilihat turut membantu kejatuhan saham-saham di Wall Street namun ramai penganalisis meramalkan bursa Malaysia tidak akan turut terjejas diatas desas-desus tersebut....

Rabu, 15 Julai 2009

MALAYSIA MEMANG TUMPUL..


JENTERA serangan skuad kebangsaan nampak masih tumpul. Peluang menjaringkan gol banyak dilepaskan. Itu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan dua perlawanan persahabatan yang dilalui skuad kebangsaan bertemu Zimbabwe atau lebih tepat menentang barisan pemain kelab Liga Perdana Zimbabwe, Monomotapa United. - Kosmo.


Walaupun permainan bermulo agak lembab mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu di Alaska Utara namun itu semuo tidak mematahkan semangat kedua-dua pasukan untuk menunjukkan skill masing-masing dalam pertandingan akhir perlawanan persahabatan tersebut..


Malaysia yang diketuai oleh Apis Sakmi telah bermulo garang sebaik saja wisel permulaan ditiupkan dengan melakukan berbagai aksi ganas seperti memanjat tiang gol pihak lawan dan pada minit ke-29.. pemain pertahanan Malaysia.. DeeBoss hampir-hampir berjaya mencuri air sirap dari pasukan Zimbabwe dan ini membuatkan pemain Zimbabwe tidak puas hati.. sehinggakan hampir berlaku rusuhan kaum di luar stadium.. 


Pasukan Zimbabwe yang diketuai oleh Nuek Okacha.. turut tidak ketinggalan mengasak bertubi-tubi seperti melakukan senaman tekan tubi ke pintu gol Malaysia dan keadaan begitu cemas seketika pada minit ke-63 separuh maso ke tigo apabila satu hantaran lintang oleh Ady Boteng gagal di sambut kemas oleh Maro Mafuna.. walaupun pintu gol Malaysia ketika itu terbuka luas kerana penjaga gol Malaysia.. ManAsan keluar sebentar untuk minum sirap ditepi padang..


Bermula dari gerakan solo kiri dan kanan.. depan dan belakang tiang gol.. akhirnya hantaran Akrun Musa di sambut kemas oleh Apis Sakmi yang kebetulan berado di atas tiang gol pasukan Zimbabwe.. dengan kasut yang di pinjam dari spy Penanggah beliau telah berjaya melepaskan satu tendangan padu ke sudut kanan pintu gol Zimbabwe.. ini menjadikan Malaysia mendahului 6-0..


Namun pada minit-minit akhir perlawanan ketua pasukan Zimbabwe.. Nuek Okacha telah berjaya menjatuhkan diri sendiri dalam petak D pasukan Malaysia setelah diasak oleh rakan beliau Maro Mafuna.. ini membuatkan pengadil tidak berlengah untuk memberi sepakan penalti kepada pasukan Zimbabwe walaupun dibantah oleh penjago stadium.. sepakan penalti tersebut telah berjaya disempurnakan oleh jurulatih pasukan Zimbabwe sendiri iaitu Kab Wakanu.. ini menjadikan kedudukan 14-7 sehinggalah ke wisel penamat..


Setelah permainan tamat.. pasukan Malaysia dan Zimbabwe dilihat berpimpin tangan keluar stadium menuju ke gerai mamak diseberang jalan untuk pekena teh tarik dan roti canai dan seperti biaso pasukan Malaysia tetap berpuas hati diatas kekalahan mereka yang ke-17 berturut-turut tahun ini..

Isnin, 13 Julai 2009

ROYALTI DAN MANIK URAI


Maka semuo penduduk kampung Manik Urai tak kira tua muda.. lelaki pompuan.. pemuda pemudi.. macho tak macho.. cun dan kurang cun.. masing-masing secara bergerombolan telah berarak menuju kerumah Pak Darus.. ketua kampung mereka yang separuh macho yang terletak disebelah balairaya di hujung kampung.. berarak dari pekan Tapah dengan berjalan kaki hinggalah ke Tanjung Malim dan terus berbasikal menuju ke Manik Urai.. masing-masing dengan tujuan yang sama iaitu bagi menghantar memorendum bagi menuntut royalti getah keping daripada Pak Darus.. ketua kampung yang mereka cintai..


Masalah yang telah berlarutan hampir 73 tahun ini.. tiba-tiba panas kembali bilamana sekumpulan pencuri kambing yang di ketuai oleh SivaDee TheBoss telah berjaya mencuri getah keping yang mereka simpan sekian lama didalam almari baju dan dibawah katil di rumah Pak ManAsan.. kejadian yang berlaku lewat malam tadi juga telah mencetuskan beberapo rusuhan kecil.. namun berjaya dipadamkan oleh Wolverine dari pasukan X-Men yang dipanggil khas oleh Pak Darus bagi menteramkan keadaan..


Spy Penanggah yang mendapat tahu berita tersebut.. tanpo berlengah lagi terus berlari-lari anak ketempat kejadian walaupun keadaan disana dilaporkan begitu merbahaya kepada perahu-perahu kecil dan berisiko tinggi akan diserang hendap atau dicolek oleh sekumpulan lanun Pirate Of Karikambing dipertengahan jalan.. terutama kat selekoh zig-zag di Merapoh.. tetapi kerana tugas dan perjuangan bangsa 1Malaysia.. spy Penanggah tanpa segan silu terus menuju ke Manik Urai untuk menyiasat kejadian yang sebenar..


Pak Darus yang di temui ketika sedang menari kongga bersama Wolverine di tepi balairaya mengakui akan kejadian ganas yang telah berlaku di kampung tersebut dan beliau juga mengakui tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana kecurian getah keping di rumah Pak ManAsan terletak di luar bidang kuasa beliau.. kerana kejadian tersebut berlaku diluar garisan kampung Manik Urai.. beliau juga tidak menolak kemungkinan perkara ni ado bersangkut paut dengan hari mengundi yang akan menjelang sehari duo ni kat Manik Urai.. jelas beliau sambil berpusing ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu.. 


Pak Darus turut menyatakan.. royalti tersebut hanya boleh dituntut dari pakcik Apiz Sakmi ketuo kampung Ipoh Timur.. kerana kejadian tersebut berlaku betul-betul di atas garisan kawasan jajahan beliau.. Wolverine yang sedang memanjat tembok balai raya turut bersetuju dengan perjelasan Pak Darus tersebut. 


"Gua setuju betul dongan Pak Darus ni.. mengikut kajian metrokulasi yang gua lakukan sejak tahun lopeh.. tak syak lagi ini semuo berpunco dari angkaro SivaDee TheBoss yang turut bertanding dalam pilihanraya tersebut.. gua ingat basikal chopper gua yang hilang dulu pun malaon ni yang rembat.. kurang ajau nyer SivaDee.." jelas Wolverine dengan nada marah sambil melibas sabit rumput ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu kongga yang kedegaran sayup-sayup dari radio di rumah Usin Sempoi..


Manakala untuk mengetahui perkembangan terbaru mengenai perarakan segerombolan orang kampung bagi menghantar memorendum tuntutan royalti getah keping.. Spy Penanggah telah berkesempatan menalipon pakcik Rosihan selaku ketua kumpulan G8 yang tak bertauliah.. diberitakan juga kumpulan beliau telah sampai di Simpang 3 Gombak.. 


"Hello pakcik Rosi.. hello.. helloo.. ekau pokak ko.. haaa.. boleh ceritakan tak mengenai perkembangan terkini tentang kumpulan G8 yang sedang berarak bagi menghantar memorendum royalti ni tak...?


"Apo laa orang kampung tak bleh pakai langsung.. korang bayangkan laa.. dari 20 ribu yang join tak sampai limo orang jer yang tinggal skarang ni.. itu pun budak-budak kocik.. mulo-mulo jer diorang smangat  berapi-rapi nak tuntut royalti.. tapi bila dah jalan.. sorang-sorang hilang.. ado yang singgah kat Nilai 3 laa.. ado yang hilang kat jalan Masjid India beli tudung manohara la.... yang lelaki pun samo gak.. ramai yang losap kat Bukit Bintang.. last-last gua jer yang tinggal empat limo orang.. hampehhh btulll... silap.. silap.. gua pun nak lesap kejap lagi ni.." kedengaran suara pakcik Rosihan sayup-sayup dan terputus-putus..


"Hello pakcik Rosi boleh bagi tau.. sapo-sapo lagi yang tinggal tuu.. helloo pakcikk.. aiii soyap jerr.. helloo.. hello Rosi... helllooooooooooo.."

Khamis, 9 Julai 2009

AWAS LU APEK..!!


URUMQI, China - Presiden China memendekkan lawatan ke sidang kemuncak Kumpulan Lapan (G8) dan bergegas pulang selepas ketegangan kaum di wilayah Xinjiang semakin meruncing dan kerajaan telah mengerahkan ribuan anggota keselamatan untuk mengawal keadaan berikutan rusuhan yang menyebabkan 156 orang mati. - Utusan


Haiiiyaaa Apek... apo pasat gaduh-gaduh.. hantam sana.. hantam sini.. asyik nak bergasak jer.. gua mau berehat  pun talak senang.. lu olang smua talak keja mau bikin ka haa.. daripado luorang bergasak macam cipanze.. baik luorang duduk diam-diam.. main dam aji ko.. main teng-teng ko.. pegi sumpit tupai ko. paling tidak pun main tarik tali ado gak pekdah..


Apek aaa.. lain kali kalau lu olang bikin ini macam aaa.. gua hantam lu punya kerongkong.. kalau tak gua panggil itu MIke.. beruk Pak DeeBoss kasi gigit lu punya urat keting... baru lu tau.. nanti lu pun tak bleh pegi joget.. itu sana dangdut punya tempat.. padan lu punya muko..


Lagi satu Apek aaa. gua nak bagi lu last warning yang ke lapan.. lagi skali lu kacau gua nyer kampung Xinjiang.. gua hantar itu sarjan Buncit kasi hantam sama lu punyo kampung plak... lu jangan main-main samo ini sarjan Buncit tau ka.. ini olang banyak kuat ooo.. dia punya perut manyak busat.. serupa itu tong drum tau.. itu nasi ayam lima pinggan talak sampai duo minit dia bleh kasi hantam.. banyak ngeri ini olang oo.. selupa itu tapir...


Ini olang aa.. itu dulu masa itu perang dunia punya jam aaa.. ini Buncit pernah lawan sama itu kingkong tau.. tapi ini Buncit sudah kalah manyak ooo.. kalau gua talak silap hampir 20 ribu linggit ini Buncit kalah.. mula-mula diolang main itu pakau tapi itu Buncit talak puas hati.. lagi mau hantam kemudian diolang pun lawan itu laga ayam.. lagi satu kali itu Buncit kalah.. ini kali lagi manyak teruk ooo..  


Apek lu tau kaa.. itu Buncit sekarang talak serupa itu dulu punya Buncit tau kaa.. dio sudah belajar itu kuntau samo itu SivaDee The Boss.. ini Buncit sekarang sudah ada power ooo.. serupa itu ultraman tongga.. dia punya telinga kanan boleh keluar itu api ooo.. serupa itu pesta bunga api tahun baru.. gua ingat kalau lu kena itu api silap-silap lu boleh jadi itu mendiang ooo.. gua harap lu takut laa..


Gua tak mau cakap banyak lagi laa serupa itu DJ radio... lagi sekali kalau lu bikin gua punya kampung susah.. gua pun bikin lu punye kampung lagi susah.. lu ingat Apek aaa.. sekarang itu Buncit tunggu gua punya order saja.. last sekali gua nak bagi lu pantun.. gua harap lu boleh paham.. kalau tak paham pun lu buat-buat la paham..


Hĭ-Pŏ̤ Ciéng-cĕng sê téng sèng 499 nièng gáu sèn 

Lièng-mèng gì Hĭ-lé-nà̤-nè̤ng sìng-gŭng páh iàng lāu 

Pŏ̤-sṳ̆-nè̤ng gì ĭk-chĭng. Ng-sê sū-iū Hĭ-lé-nà̤-nè̤ng  

Pŏ̤-sṳ̆ kŭi ciéng: ô siŏh piĕ dŭ sê bō̤-tì dŭ gâe̤ng

Rabu, 8 Julai 2009

TRAGEDI SEEKOR BEROK


MELAKA – Belum pun sempat membantu mempromosikan negeri ini, Mek Wok yang merupakan beruk pertama diterima untuk membantu usaha kerajaan negeri menjadikan aktiviti memetik buah kelapa sebagai tarikan terbaru pelancongan di Melaka, didapati mati pagi Ahad lalu - Kosmo


Tiba-tiba pagi tadi kampung Kelabu Asap menjadi gempar segempar- gemparnyer.. ado yang meraung macam tarzan.. ado yang melompat-lompat sambil bersilat macam power renger.. ado yang berguling-guling kat tepi tanggo.. ado yang meracau-racau di tepi jalan arah ke rumah ketuo kampung.. yang terkena ghout pun ader empat limo orang.. semuo terkejut tahap zikubel.. masing-masing macam tak percayo jer bilo diorang mendengar berita tentang kecederan MIke.. beruk Pak Deeboss ketika cubo melakukan aksi stunt sewaktu memanjat pokok kelapo Usup Karim.. 


Bagi mereka beruk kesayangan Pak Deeboss ni bukan sembarangan beruk.. 4 tahun berturut-turut juara karate dunia.. 8 kali juara laga ayam di kampung Kelabu Asap.. kalau bab panjat memanjat ni jangan nak cabar la.. setakat lima nam pokok tu.. sekali jalan jer.. kira beruk Pak Deeboss ni la ikon kampung Kelabu Asap selain dari Apis Beckham juara gasing pangkah juga dari kampung tersebut.. Bagi mereka takkan lah aksi yang begitu mudah pun MIke boleh jatuh terjelepuk ke pangkal pokok.. biaso Mike boleh buat aksi yang jauh lebih ganas lagi seperti terjun tiruk diantara pelepah ke pelepah kelapa dengan begitu mudah sekali..


Menurut gossip terbaru dari majalah Rapu edisi khas.. kejadian tersebut berpunca bila kaki Mike tiba-tiba tergelincir ketika sedang melakukan aksi breakdance di hujung pelepah kelapa pandan untuk mengurat Mek Wok.. beruk cun kepunyaan Wak Kab yang kebetulan lalu di kebun kelapa tersebut... menurut laporan gossip tersebut lagi.. Mek Wok adolah beruk tercun di kampung tersebut.. maka dengan itu banyaklah beruk-beruk jantan dikampung tersebut yang tergila-gilakan Mek Wok termasuk jugak pemuda dan belia-belia kampung.. serta tidak ketinggalan Pak Keteng ketua kampung Kelabu Asap turut meminati Mek Wok.. ini membuatkan Mike terasa tercabar dan tidak ingin melepaskan peluang untuk turut sama mengurat Mek Wok.. 


Spy Penanggah yang sempat melawat Mike sewaktu menerima rawatan di klinik desa dikampung Kelabu Asap menafikan gossip liar tersebut.. "Ini semuo fitnah yang sajo nak menjatuhkan reputasi gua sebagai beruk paling hensem dan terer di kampung ini khasnyer dan daerah ni amnyer.. kalaulah gua tau sapo yang menabur fitnah ni mau jer gua karate tumit kaki diorang.. biar diorang rasa " jelas Mike sambil melepaskan beberapa tumbukan padu ke tiang klinik sebagai tanda protes diatas laporan gossip tersebut..


"Kalau korang nak tau semaso kejadian tu gua sedang bertarung dengan Kimbo ahli gusti WWE dari Togo dalam acara free style kuak kupu-kupu.. sebaik jer gua nak melepaskan tendangan tanpa bayang peringkat ke tiga.. mako tetibo jer gua diserang oleh Under Taker dari belakang.. dengan tu berlakulah satu pertempuran yang amat dahsyat.. sampai orang kampung turut campurtangan.. tapi gua sempat cabut lari kalau tak mau gua jadi mendiang" jelas Mike lagi lalu mencekit leher spy Penaggah..

"Ooiiii... apasal lu cekik gua ni.. dah buang tebiat ko.."

"Alamakkk.. sorry laaa.. gua kalau tengah geram mesti nak bunuh orangnyer.."

"Apo la lu Mike.. ganas betul lu ni.. baik gua blah dulu.. kalau lagi lamo gua tunggu.. tak pasal-pasal plak nanti gua pun masuk wad 6.. memang elok la ekau cedera ni.. ganas sangat mengalahkan Chin Peng.."

"Apo ekau cakap.. kurang ajau lu.."

"Makkk.. cabutttttttt..."

Sabtu, 4 Julai 2009

APA LAAA.. PASAL LEMBU PUN MAU GADUH..


GEORGE TOWN - Penduduk Kampung Buah Pala di sini terus bersengketa dengan kerajaan negeri Pulau Pinang apabila mereka memberi kata dua kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya datang bertemu dengan penduduk kampung tersebut atau Setiausaha Agung DAP itu akan mendapat hadiah lembu. - Kosmo


Kehangatan begitu terasa.. bilo sekumpulan penternak lembu dan kambing gurun yang di ketuai oleh pakcik DeeBoss bersama penduduk kampung Pandan telah menunjukkan perasaan marah mereka yang meluap-luap mengalahkan gunung berapi Tangkuban apabila ternakan yang mereka cintai mereka telah diculik oleh John Dempong dari kumpulan High Charcopal dari kampung Kedai Buluh.. 


Walaupun tunjuk perasaan tersebut hanya di sertai oleh beberapo kerat peserta dari sekolah tadika kampung Mat Insun dan sekolah Tamil Palong Satu.. tapi kumpulan tersebut telah berjayo melumpuhkan pergerakan kapal-kapal kargo diLaut Merah..


Untuk merumitkan lagi masalah tersebut.. pihak Penanggah dengan berbesar hati telah menjemput beberapo penal jemputan yang terdiri dari ustz. Maro Klantani juara dam ular enam kali dari Blakang Blok N.. Dr. Nuek Rungkupi pelawak sarkas dari Zoo Taiping dan Prof. Miki Pakdarosi dari kilang papan Ah Chong untuk satu wawancara xklusif secaro langsung dari TV Uganda saluran 6.. bagi membincangkan masalah lembu-lembu tersebut.. 


Maro: Tuan-tuan smuo.. ketahuilah ini smua fitnah dari parti pembang...

Penanggah: Err.. sabar Ustz. Maro.. sabar.. majlis blum mulo lagi.. soalan pun gua blum tanyo..

Maro: Eh.. yo ko.. sorry la gua tengah exited ni.. biasolah dah lamo tak kluar TV..

Miki: Apo laa kau Maro.. ekau ingat ekau sorang yo nak kluar TV.. gua pun tak sabar gak ni.. 

Penanggah: Ok la.. kalau camtu gua mulakanlah.. bagi soalan pertama ni gua tujukan kepada Dr. Nuek.. Apo pandangan Dr. tentang lembu-lembu yang diculik oleh John Dempong di kampung Buah Bala yang menjadi isu hangat sekarang ni..

Nuek: Kalau nak tau.. gua dengan John Dempong tu dulu satu sekolah.. cumo gua jer yang tak tamat belajar.. tapi dio dapat masuk U.. tapi semaso sekolah rendah lagi kitorang dah start belajar menculik ni.. semuo yang kitorang jumpo abis kitorang culik.. baik lembu.. ayam.. basikal.. cerek letrik sampailah ke kayu api.. abis kitorang culik.. dapat la duit tebusan 75 hinggit 60 sen.. huhh.. banyak tu..

Maro: Ooooo.. jadi lembu gua yang hilang dulu tu.. lu la yang culik yer.. kurang ajau lu..

Miki: Entah.. entah selipar jepun yang gua letak kat tepi tango rumah tu pun.. lu gak yang yang culik.. ni yang gua naik angin ni..

Nuek: Apo la korang.. ini kesah lamo la.. tahun 1921 dulu.. maso tu korang mano hidup lagi.. 

Maro&Miki: Yo ko.. sorry laa teremosinal sikit..

Penanggah: Hebat gak kisah lu ni Dr. Nuek.. kalau buat filem mau dapat 7 episod ni.. soalan saya kepada Prof. Miki.. bukankah lembu yang terdapat di kampung Bala tu sejenis lembu Zikubel yang agak romantik...

Miki: Memang betul.. lembu kampung Bala adalah sejenis lembu Zikubel.. iaitu kacukan dari zirafah dan kuda belang.. lembu jenis ni memang agak pendiam dan berjiwa romantik.. itulah sebabnyer banyak lembu jantan di kampung Sireh yang begitu cemburu dengan lembu Zikubel dari kampung Bala ni dan inilah punca berlakunyer pergaduhan besar diantara mereka.. ini membuatkan orang kampung pun turut campur tangan dan turut serta dalam pergaduhan tersebut.. itu yang jadi isu sekarang ni..

Penanggah: Apo plak pandangan Dr. Nuek diatas perkara tersebut..

Nuek: Sorry laa.. gua nak blah dulu.. nak pegi kampung Bala.. gua nak pegi culik lembu Zikubel..

Maro&Miki: Tunggu laa.. gua pun nak join gak..

Penanggah: Woii.. mano bleh cam ni.. banyak lagi gua nak tanyo ni.. ado lagi 20 soalan lagi ni.. woii.. tunggu la minum dulu..  wooiii.. tungguuu laaa wooii.. gua pun join gakk..

Khamis, 2 Julai 2009

PARIS DALAM KENANGAN..


Mungkin korang pun dah boring dengan cerito merapu gua kat Jakarta dan Bandung seminggu dua ni.. tapi kali ni gua nak cerito plak pasal pengembaraan gua selama empat tahun dua bulan enam hari di Paris tahun lepas.. kisah ni pun kira menarik gak la.. kalau buat filem gua rasa kalah la cerito Kliwon vs Mak Lampir.. 


Gua sampai di Paris hujung tahun lepas untuk melawat member lamo gua yang samo-samo belajar di sekolah malam kat Cairo 50 tahun dulu.. gua sampai pun dah nak malam dan maso tu kat Paris tengah menyambut musim buah.. macam-macam la buah yang gua tak pernah tengok gua jumpa kat sana... macam buah manggo.. buah rambutan.. langsat pun ado gak.. kalau nak tau orang Paris panggil langsat ni buah 'lengshut..' tak tau ler gua apsal diorang panggil lengshut.. mungkin susah sangat nak menyebut.. sampai terkehel lidah diorang nak menyebut langsat.. kalau anggur tu jangan cerita ler.. pusing kiri anggur.. pusing kanan anggur.. siap pasang sport rim 17 lagi tu... pendek kato anggur sesajer..


Menurut crito member lamo gua John Dempong.. bandar Paris ni tak la besar sangat.. lebih kurang KL jer.. kalau besar pun.. besar sikit la dari Kangar.. dulu orang tak panggil Paris.. kalau ikutkan surat beranak namo asal dio Mountceh.. maso tu ketuo kampung diorang musuh lamo gua.. Pak Aris.. alaa.. Pak Aris yang jual apam balik kat Keramat.. korang kalau pegi pasar Keramat mesti jumpo la orang tuo ni.. nak kato hensem tak la hensem macam member gua Maro .. stunman Wakaf Mek Jenab tu..


Menurut crito dio lagi.. orang putih ni bilo lidah diorang dah hari-hari sebut Pak Aris.. Pak Aris.. lamo-lamo bertukar lah jadi Paris.. langsung sampai sekarang ni melekat orang panggil Paris.. Pak Aris yang tak berapo hensem tu pun dah losap balik kampung kat Parit.. Tak tau la gua betul ke tak cerito si John Dempong ni.. kalau dio tipu.. samo-samo la kito kono tipu.. 


Di Paris ni banyak tempat pra-sejarah yang boleh kito lawati pada musim sejuk.. seperti kedai runcit Latip.. kedai snuker Uncle Dee.. kedai motor Akrun dan kedai getah keping Apis Sakmi.. manakala di bahagiah tenggara arah timur laut Paris.. terdapat banyak istana-istana lamo seperti istana Sultan Micheal Tongga di jalan Vendoraisamy.. istana Raja Louis @ Chin Peng di simpang Tigo Gombak.. manakala istano Temenggong Napoleon Bonakab terletak di betul-betul di bahu jalan Bahau arah ke Batu Kikir..


Bagi yang berminat untuk menunjukkan skill bermain gasing diatas salji.. boleh ler korang pergi ke bukit Gucci yang terletak di banjaran Alps Selatan.. biaso tempat ni menjadi tumpuan dihujung minggu terutamo waktu musim menuai..  kerana diwaktu tu keadan salji tidak berapo keras dan sesuai untuk diorang bermain gasing pangkah..


Manakala bagi orang pompuan yang kaki shopping.. jangan lupo untuk singgah ke pasar malam Van Dior Vuitton di Montaigne Street.. tempat ni memang syurga untuk bershopping.. macam-macam fashion dari barangan plastik hinggalah ke barangan kulit yang boleh korang dapati disini.. bag tangan dari kulit pisang sampailah ke baju kebaya dari kulit rambutan.. legging yang dibuat dari kulit durian pun ado dijual kat sini.. 


Selama beberapo hari gua meronda di Paris ni banyak ler pengalaman baru yang gua dapat.. seperti bergurau senda di tepi kedai roti makcik Kiah.. berbalas pantun selamo enam jam dengan penduduk kampung Paris Saint Germain.. yang paling best bermain galah panjang dengan pakcik Bachok.. ketuo Felda Vinciones Park.. yang lain tu gua tak dapat nak crito sebab kesuntukan maso... lagi pun jetski yang gua nak tompang untuk balik ke Malaysia pun dah nak gerak.. okey la gua chow dulu.....